Tonton kandungan DRM dalam Firefox

Digital Rights Management (DRM) ialah teknologi yang membolehkan perkhidmatan video dan audio atas talian memaksa kandungan yang disediakan oleh mereka digunakan mengikut syarat yang ditetapkan. Teknologi ini boleh menyekat sesetengah perkara yang anda lakukan di dalam pelayar. Walaupun sesetengah kandungan kawalan-DRM boleh dipaparkan menggunakan plugin Adobe Flash atau Microsoft Silverlight, sebilangan besar perkhidmatan ini sedang beralih kepada video HTML5 yang memerlukan mekanisme DRM lain yang dipanggil Content Decryption Module (CDM).

Memainkan kandungan kawalan-DRM dalam Firefox

Dalam Firefox versi 51 dan ke bawah, Firefox untuk Windows menyokong main semula HTML5 bagi kandungan video dan audio kawalan-DRM melalui Adobe Primetime CDM. CDM ini melaksanakan sistem yang dipanggil Adobe Primetime, yang sebelum ini tersedia dalam plugin Adobe Flash. Dalam Firefox versi 47 dan ke atas, Firefox untuk desktop juga menyokong Google Widevine CDM untuk memainkan kandungan kawalan-DRM.

Firefox memuat turun dan mengaktifkan Google Widevine dan Adobe Primetime CDM secara piawai untuk memberikan pengguna pengalaman yang lancar dalam laman yang memerlukan DRM.Firefox memuat turun dan mengaktifkan Google Widevine secara piawai untuk memberikan pengguna pengalaman yang lancar dalam laman yang memerlukan DRM.Firefox memuat turun dan mengaktifkan Google Widevine secara atas permintaan, dengan keizinan pengguna, untuk memberikan pengguna pengalaman yang lancar dalam laman yang memerlukan DRM. CDM dilaksanakan dalam penyimpan berlainan yang diberi nama sandbox, dan akan maklumkan anda apabila CDM sedang digunakan. Anda juga boleh menyahaktifkan CDM dan menunggu kemaskini seterusnya dengan mengikuti langkah di bawah. Tetapi, apabila CDM dinyahaktifkan, laman yang menggunakan DRM jenis ini mungkin tidak beroperasi dengan sempurna.

Sesetengah laman mungkin menggunakan DRM yang tidak disokong oleh Google Widevine CDMGoogle Widevine dan Adobe Primetime CDM. Sokongan untuk memaparkan kandungan ini mungkin memerlukan plugin NPAPI pihak ketiga, seperti Microsoft Silverlight.Template "pluginSupportEOL" tidak wujud atau tiada semakan yang diluluskan.

Menyahaktifkan Google Widevine CDM tanpa menyahpasang

Menyahaktifkan Google Widevine dalam Pengurus Add-ons akan menghalangnya daripada dilaksanakan dalam komputer dan memuat turun kemaskini akan datang. Untuk menyahaktifkan plugin CDM:

  1. Klik butang menu New Fx Menu dan pilih Add-ons. Tab Pengurus Add-ons akan dibuka.

  2. Dalam tab Pengurus Add-ons, pilih panel Plugins.
  3. Pilih Never Activate dalam menu di sebelah Widevine Content Decryption Module provided by Google Inc.

Sesetengah laman tidak boleh memainkan semula kandungan tanpa Google Widevine. Anda boleh mengaktifkan semula Google Widevine dengan memilih Always Activate dalam menu di sebelah Widevine Content Decryption Module provided by Google Inc.

Menyahaktifkan Adobe Primetime CDM tanpa menyahpasang

Menyahaktifkan Adobe Primetime dalam Pengurus Add-ons akan menghalangnya daripada dilaksanakan dalam komputer dan memuat turun kemaskini akan datang. Untuk menyahaktifkan plugin CDM:

  1. Klik butang menu New Fx Menu dan pilih Add-ons. Tab Pengurus Add-ons akan dibuka.

  2. Dalam tab Pengurus Add-ons, pilih panel Plugins.
  3. Pilih Never Activate dalam menu di sebelah Primetime Content Decryption Module provided by Adobe Systems, Incorporated.

Sesetengah laman tidak boleh memainkan semula kandungan tanpa Adobe Primetime. Anda boleh mengaktifkan semula Google Widevine dengan memilih Always Activate dalam menu di sebelah Primetime Content Decryption Module provided by Adobe Systems, Incorporated.

Menolak main semula CDM, menyahpasang CDM dan menghentikan semua muat turun CDM

Anda ada pilihan untuk menolak keseluruhan main semula HTML5 DRM. Apabila anda menolak, Firefox akan menghapuskan semua CDM yang dimuat turun ke dalam cakera keras, menghentikan semua muat turun dan menyahaktifkan main semula DRM. Ini hanya mendatangkan kesan kepada audio dan video HTML5 kawalan-DRM. Untuk menolak keseluruhan main semula HTML5 DRM, ikuti langkah ini:

  1. Klik butang menu New Fx Menu dan tekan Pilihan.Keutamaan.
  2. Klik panel Content.
  3. Buang tanda di sebelah Play DRM content.
Nota: Anda masih boleh memaparkan kandungan kawalan-DRM yang memerlukan plugin NPAPI Adobe Flash atau Microsoft Silverlight jika dipasang dan diaktifkan dalam Firefox. Tetapan Play DRM content hanya mengawal main semula HTML5 DRM, bukannya plugin.

Sesetengah laman tidak boleh memainkan semula kandungan tanpa DRM. Anda boleh mengaktifkan semula DRM dengan membuka panel PilihanPreferences > Kandungan dan tandakan di sebelah Play DRM content. Selepas ditandakan, main semula HTML5 DRM akan diaktifkan semula, dan Google Widevine dan Adobe Primetime CDM akan memuat turun secara automatik.

Platform yang disokong

Google Widevine

  • Windows Vista dan ke atas
  • Mac OS X 10.9 dan ke atas
  • x86 dan x64 Linux

Adobe Primetime

  • Windows Vista dan ke atas

Pilihan untuk menolak DRM disediakan untuk semua platform baru yang disokong oleh Firefox.

Artikel ini bermanfaat?

Sila tunggu...

These fine people helped write this article:

Illustration of hands

Sukarelawan

Grow and share your expertise with others. Answer questions and improve our knowledge base.

Learn More