Template:updateflash

Artikel ini tidak lagi diselenggara, jadi kandungannya mungkin sudah lapuk.

  1. Pergi ke halaman muat turun Adobe Flash Player dan muat turun pemasang Flash.
    Amaran: Halaman muat turun Adobe mungkin memaparkan kotak semakan muat turun perisian tambahan (seperti Google Chrome atau McAfee Security Scan) yang ditandakan secara piawai. Jika anda tidak buang tanda dalam kotak semakan ini sebelum memuat turun, perisian tersebut akan dipasang dalam komputer apabila anda buka pemasang Flash.
  2. Setelah siap memuat turun, tutup Firefox. Klik butang menu New Fx Menu dan kemudian klik KeluarQuit Close 29.
  3. Buka fail pemasang Flash yang anda muat turun tadi dan ikuti arahannya.
Nota: Jika ada masalah dengan pemasang Flash yang dimuat turun dari halaman Adobe, anda boleh gunakan pautan pemasang Flash Player ini untuk memuat turun pemasang lengkap secara terus.
  1. Pergi ke halaman muat turun Adobe Flash Player dan muat turun pemasang Flash.
  2. Klik butang menu New Fx Menu dan kemudian klik KeluarQuit Close 29.
  3. Buka fail yang dimuat turun (iaitu, install_flash_player_osx_intel.dmg).
  4. Dalam Finder, buka Install Adobe Flash Player.app untuk melancarkan pemasang, kemudian ikuti arahan.
  1. Pergi ke halaman muat turun Adobe Flash Player.
  2. Apabila penggesa muncul, simpan fail (iaitu, install_flash_player_"version"_linux."processor".tar.gz).
  3. Klik butang menu New Fx Menu dan kemudian klik KeluarQuit Close 29.
  4. Buka tetingkap Terminal (dalam Gnome, klik menu Applications, pilih Accessories, dan kemudian pilih Terminal.)
  5. Dalam tetingkap Terminal, tukar direktori tempat anda muat turun fail (contoh, cd /home/user/Downloads).
  6. Ekstrak libflashplayer.so dari fail yang dimuat turun dengan arahan tar -zxvf install_flash_player_"version"_linux."processor".tar.gz.
  7. Sebagai super user, salin fail yang diekstrak, libflashplayer.so, ke dalam sub-direktori direktori pemasangan Firefox plugins. Sebagai contoh, jika Firefox dipasang dalam /usr/lib/mozilla, gunakan arahan sudo cp libflashplayer.so /usr/lib/mozilla/plugins dan kemudian masukkan kata laluan pengguna super anda apabila diminta.

    0a85171f1802a3b0d9f46ffb997ddc02-1260326970-447-1.png

These fine people helped write this article:

Illustration of hands

Sukarelawan

Grow and share your expertise with others. Answer questions and improve our knowledge base.

Learn More