Salah konsep biasa tentang Pelayaran Peribadi

Pelayaran Peribadi ialah ciri berfaedah Firefox, tetapi hanya jika anda faham perlindungan ditawarkan. Ia membantu anda mengaburi aktiviti dalam talian anda daripada sesiapa yang menggunakan Firefox pada komputer anda, namun tidak membiarkan anda halimunan dalam talian.

Salah konsep 1: Pelayaran Peribadi membuat anda tanpa nama di Internet.

Realiti: Pelayaran Peribadi tidak dapat menyorok identiti anda atau aktiviti dalam talian. Laman web dan pembekal perkhidmatan Internet masih boleh mengumpul maklumat lawatan anda, walaupun anda tidak daftar masuk. Jika anda menggunakan peranti anda di kerja, syarikat anda mungkin boleh mengawasi laman web yang anda lawati. Jika anda layari laman web tersebut di rumah, syarikat kabel anda (atau rakan kongsi mereka) mungkin mempunyai akses ke maklumat layaran anda.


Salah konsep 2: Pelayaran Peribadi mengalih keluar semua jejak aktiviti pelayaran anda dari komputer anda.

Realiti: Pelayaran Peribadi berfungsi dengan membiarkan anda layari tanpa menyimpan kata laluan, kuki dan sejarah layaran dalam Tetingkap Peribadi. Jika anda memuat turun sesuatu fail dari laman web, ia akan kekal di komputer anda tetapi tidak akan muncul di dalam pengurus muat turun dalam Firefox. Jika anda menanda sesuatu laman web sewaktu di dalam Tetingkap Peribadi, ia akan kekal dalam senarai penanda anda.


Salah konsep 3: Pelayaran Peribadi tidak memaparkan sebarang sejarah pelayaran.

Realiti: Pelayaran Peribadi akan, secara lalai, memaparkan laman dan penanda buku yang dilawati sewaktu anda menaip dalam bar alamat. Laman ini telah disimpan ke Firefox semasa layaran biasa. Jika anda tidak mahu melihat cadangan ini, anda boleh nyahpilih dalam Firefox anda PilihanPreferences Privacy & Security panel di bawah Bar Alamat.

privacy preferences 65


Salah konsep 4: Pelayaran Peribadi akan melindungi anda daripada pencatat papan kekunci dan perisian perisik.

Realiti: Pelayaran Peribadi tidak melindungi anda daripada perisian berbahaya yang dipasang pada komputer anda. Jika anda mengesyaki anda mempunyai perisian berbahaya, ambil langkah untuk mengalih keluarnya agar mengelakkannya daripada berlaku lagi.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara Firefox melindungi privasi anda lihat Enhanced Tracking Protection in Firefox for desktop dan SmartBlock for Enhanced Tracking Protection.

Artikel ini bermanfaat?

Sila tunggu...

These fine people helped write this article:

Illustration of hands

Sukarelawan

Grow and share your expertise with others. Answer questions and improve our knowledge base.

Learn More