Perlindungan Penjejakan dalam Firefox untuk Android

Penjejakan secara umum merujuk kepada pengumpulan data pelayaran seseorang dalam seluruh laman web. Ciri Perlindungan Penjejakan dalam Firefox untuk Android menggunakan senarai yang disediakan oleh Disconnect untuk mengenal pasti dan menyekat penjejak.

Baca selanjutnya perihal penjejakan dan piawaian yang digunakan oleh Disconnect untuk mencipta senarai ini. Ketahui selanjutnya perihal senarai yang digunakan oleh Firefox untuk Android sebagai Perlindungan Penjejakan.

Perlindungan Penjejakan dalam Pelayaran Peribadi

Apabila anda buka Private Tab on Firefox for Android, Perlindungan Penjejakan didayakan secara piawai.

Apabila anda melayari halaman web yang anda penjejak, ikon perisai tracking protection icon fxos akan muncul di dalam bar alamat untuk memaklumkan anda bahawa Firefox sedang aktif menyekat penjejak dalam halaman berkenaan.

tracking protection icon 42

Menyahdayakan Perlindungan Penjejakan dalam halaman tertentu

Jika anda mahu melayari halaman yang penjejakannya didayakan, anda boleh menyahdayakan Perlindungan Penjejakan dengan mengikuti langkah berikut:

  1. Tekan ikon perisai tracking protection icon fxos di dalam bar alamat untuk memaparkan pusat Kawalan.
  2. Tekan Nyahdayakan perlindungan untuk menyahaktifkan Perlindungan Penjejakan.
  3. Satu garisan merah akan muncul melintang di hadapan perisi tracking protection off fxos apabila Perlindungan Penjejakan dinyahaktifkan.

Untuk mengaktifkan semula Perlindungan Penjejakan, ulang semula langkah di atas untuk membuka pusat Kawalan dan tekan Dayakan perlindungan.

Menukar tetapan Perlindungan Penjejakan dalam Pelayaran Peribadi

Perlindungan Penjejakan didayakan secara piawai dalam Pelayaran peribadi sebagai privasi tambahan. Ikuti langkah berikut untuk menyahdayakannya dalam semua halaman yang anda layari.

  1. Tekan butang menu (samada pada bahagian bawah skrin untuk sesetengah peranti atau pada bahagian atas-kanan pelayar).
  2. Tekan Tetapan, diikuti dengan Privasi.
  3. Buang tanda di sebelah Perlindungan Penjejakan: yang didayakan dalam Pelayaran Peribadi untuk menyahdayakannya.

Untuk mengaktifkan semula Perlindungan Penjejakan, ulang semula langkah di atas dan tandakan kotak.

Artikel ini bermanfaat?

Sila tunggu...

These fine people helped write this article:

Illustration of hands

Sukarelawan

Grow and share your expertise with others. Answer questions and improve our knowledge base.

Learn More