Firefox Screenshots

Kandungan artikel ini menjelaskan ciri yang akan disediakan dalam Firefox versi terbaru.

Firefox Screenshots ialah satu ciri baru untuk mengambil, memuat turun, mengumpulkan dan berkongsi skrinsyot. Untuk menggunakannya, klik ikon Firefox Screenshot Fx55ScreenshotsIcon dalam bar alatan.

Tidak nampak Screenshots? Kami sedang menguji ciri ini, jadi tidak semua pengguna akan dapat melihatnya. Jika anda tidak nampak, tunggu sahaja! Jika anda nampak, anda memang bertuah! Maklumkan kami pendapat anda.

Note: Firefox Screenshots pada masa ini tidak berfungsi dalam Pelayaran Peribadi. Kami sedang berusaha membaikinya untuk keluaran akan datang. .

Apa jenis skrinsyot yang boleh saya ambil?

Ada beberapa pilihan mengambil skrinsyot:

  • Sebahagian halaman: Apabila anda gerakkan kursor tetikus atas halaman, beberapa bahagian halaman akan terserlah secara automatik. Klik pada bahagian yang anda mahu simpan.
  • Pilih kawasan dalam halaman: Seret atau klik pada bahagian halaman yang anda mahu pilih. Anda boleh tukar saiz dan kawasan untuk diambil menggunakan penanda pada bahagian tepi kawasan berkenaan.

Untuk melihat semua skrinsyot yang telah anda ambil, pilih Syot Saya.

Cara mengambil skrinsyot

  • Muat turun skrin sebagai fail imej: Untuk memuat turun kawasan sebagai fail imej (.png) file, klik anak panah bawah. Fail akan disimpan di dalam folder yang sama yang anda gunakan sebagai lokasi muat turun piawai.
  • Simpan skrinsyot dalam talian: Pilih butang Simpan untuk menyimpan imej ke perkhidmatan Firefox Screenshots untuk diakses secara dalam talian kemudian. Akses imej yang disimpan dengan mengklik pada ikon (gunting) Ambil Syot, dan kemudian pilih Syot Saya. Secara piawai, skrinsyot disimpan selama 14 hari, tapi jika anda klik tarikh luput, anda ada pilihan untuk menukarnya.
  • Batal: Untuk membatalkan kawasan yang dipilih, klik X.

Jika anda pasang Firefox dalam komputer lain, anda boleh salin skrinsyot yang disimpan ini ke dalam komputer tersebut dengan membuka akaun profil yang sama. Anda boleh baca lebih lanjut cara untuk melakukannya di sini.

Apabila menggunakan Firefox Screenshots, anda bersetuju dengan Terma dan Notis Privasi Firefox Cloud Services.

Artikel ini bermanfaat?

Sila tunggu...

These fine people helped write this article:

Illustration of hands

Sukarelawan

Grow and share your expertise with others. Answer questions and improve our knowledge base.

Learn More