Teknologi add-on Firefox semakin moden

Add-ons membolehkan anda menambah ciri dan fungsi tambahan ke dalam Firefox, mengubah suai antara muka Firefox dan penampilannya. Ada beberapa jenis add-ons, tapi yang paling lazim ialah ekstensi. Sesiapa sahaja boleh mencipta ekstensi dan menyediakannya untuk dimuat turun.

Apa yang sedang berlaku?

Sebelum ini, add-ons kerap tidak berfungsi setiap kali versi baru Firefox dikeluarkan, kerana pembangun perlu mengemas kini setiap enam minggu supaya kekal serasi. Oleh kerana add-ons juga boleh mengubah kod dalaman Firefox secara terus, ada kemungkinan penjahat memasukkan kod berbahaya di dalam add-on.

Untuk menangani isu ini, serta sebahagian daripada usaha jangka panjang untuk memodenkan Firefox secara keseluruhan, kami telah beralih ke rangka kerja pembangunan ekstensi Firefox yang baru. Jarang sekali add-ons yang dicipta menggunakan piawaian baru yang dipanggil WebExtensions ini tidak sesuai dalam Firefox keluaran baru. Anda masih boleh memperibadikan Firefox dengan add-ons, mengikut cara yang sama, kecuali tiada lagi yang tidak berfungsi dalam keluaran Firefox yang baru ini.

Nota: Bermula dengan Firefox 57, yang akan dikeluarkan pada November 2017, hanya add-ons yang dibina menggunakan teknologi baru ini akan berfungsi dalam Firefox. Add-ons akan ditandakan dengan label "Serasi dengan Firefox 57+" dalam addons.mozilla.org (AMO). Add-ons yang dibina menggunakan teknologi lama akan dilabelkan sebagai "Legasi" di dalam tab Pengurus Add-ons (about:addons).

Jika add-on tiada label "Serasi dengan 57+" atau "Legasi", pembangun mungkin sedang dalam proses beralih ke teknologi baru.

Kami sedar bahawa ada add-ons tertentu tidak akan beralih ke piawaian baru; kami akan terus membantu pembangun setakat yang termampu. Dengan November yang semakin hampir tiba, kami akan mencadangkan supaya mereka menggantikan add-ons dengan versi yang sesuai dengan peralihan ini.

Jika anda pengguna Firefox Nightly, sila beri perhatian bahawa Firefox 57 sudah ada dalam saluran Nightly pada 2 Ogos, 2017. Add-ons legasi akan dinyahdayakan, tapi akan didayakan semula jika pembangun mengeluarkan kemaskini yang serasi.

Buat masa sekarang, anda boleh semak samada add-on sudah dirancang untuk perpindahan (add-ons popular sahaja), cari alternatif atau menghubungi pembangun add-on untuk meminta mereka membuat peralihan. Anda boleh dapatkan maklumat hubungan pembangun pada bahagian kanan senarai add-on dalam AMO.

Kami mengesyorkan anda supaya pasang add-ons yang ada label "Serasi dengan Firefox 57+" untuk memastikannya serasi dengan Firefox selepas November 2017.

Jika anda pembangun add-on legasi, sumber ada disediakan untuk membantu anda berpindah ke piawaian baru.

Artikel ini bermanfaat?

Sila tunggu...

These fine people helped write this article:

Illustration of hands

Sukarelawan

Grow and share your expertise with others. Answer questions and improve our knowledge base.

Learn More