Buang kuki yang digunakan oleh laman web untuk menjejak kegemaran anda

Kandungan artikel ini mungkin lapuk.

Perubahan penting telah dibuat dalam kandungan artikel Bahasa Inggeris yang menjadi sumber terjemahannya. Oleh kerana kandungan halaman ini masih belum dikemas kini, kandungan artikel ini mungkin boleh membantu anda: Enable and disable cookies that websites use to track your preferences

Kuki disimpan di dalam komputer mengikut laman web yang anda layari dan mengandungi maklumat seperti keutamaan laman dan status log masuk. Kandungan artikel ini menjelaskan cara untuk mengaktifkan dan menyahaktifkan kuki dalam Firefox.

Apakah cara untuk menukar tetapan kuki?

Nota: Kuki diaktifkan secara piawai dalam Firefox.

Untuk menyemak atau menukar tetapan:

  1. Klik butang menu New Fx Menu dan tekan Pilihan.Keutamaan.
  2. Pilih panel Privasi.

  3. Tetapkan Firefox akan: ke Gunakan tetapan penyesuaian untuk sejarah.
    customhistory38
  4. Tandakan Terima kuki daripada laman untuk mengaktifkan kuki, dan buang tanda itu untuk menyahaktifkan kuki.
    PrivacyCookies
  5. Pilih tempoh penyimpanan kuki yang diizinkan:
    • Simpan sehingga:
      luput: Setiap kuki akan dihapuskan apabila tiba tamat tempoh yang ditetapkan oleh laman yang menghantar kuki.
      Saya tutup Firefox: Kuki yang disimpan di dalam komputer akan dihapuskan apabila Firefox ditutup.
      tanya saya setiap kali: Memaparkan amaran setiap kali laman web cuba menghantar kuki, dan meminta anda mengesahkan samada mahu menyimpannya atau tidak.
  6. Tutup halaman about:preferences. Setiap perubahan akan disimpan secara automatik.

Laman web melaporkan ralat kuki

JIka laman web memberikan amaran mesej ralat memaklumkan bahawa anda tidak mahu terima kuki, lihat Websites say cookies are blocked - Unblock them.

Artikel ini bermanfaat?

Sila tunggu...

These fine people helped write this article:

Illustration of hands

Sukarelawan

Grow and share your expertise with others. Answer questions and improve our knowledge base.

Learn More