Kuki - Maklumat yang disimpan di dalam komputer mengikut laman web

Kandungan artikel ini menjelaskan apa yang dipanggil sebagai "kuki", kegunaannya dan cara menguruskannya dalam Firefox.

Apakah kuki?

Kuki ialah maklumat yang disimpan di dalam komputer mengikut laman web yang anda layari.

Dalam sesetengah pelayar, setiap kuki ialah satu fail kecil, tetapi dalam Firefox, semua kuki disimpan di dalam satu fail yang terletak di dalam folder profil Firefox.

Kuki secara lazimnya adalah maklumat tetapan laman web, seperti bahasa keutamaan atau lokasi. Apabila anda melayari semula laman web, Firefox menghantar semula kuki laman web berkenaan. Ini membolehkan laman berkenaan menyediakan maklumat yang disesuaikan mengikut keperluan anda.

Kuki boleh terdiri daripada pelbagai maklumat, termasuk maklumat pengenalan peribadi (seperti nama, alamat rumah, alamat e-mel atau nombor telefon). Tetapi maklumat ini hanya boleh disimpan jika anda sendiri yang menyediakannya - laman web tidak boleh mengakses maklumat yang anda tidak berikan kepada mereka, dan tidak boleh mengakses fail di dalam komputer lain.

Secara piawai, aktiviti menyimpan dan menghantar kuki dilaksanakan tanpa dapat dilihat. Tapi anda boleh menukar tetapan dalam Firefox untuk samada mengizinkan permintaan storan kuki atau tidak, menghapuskan secara automatik kuki yang disimpan apabila anda tutup Firefox dan sebagainya.

Tetapan kuki

Tetapan kuki dalam Firefox boleh diuruskan dari dalam panel tetingkap PilihanPreferences Privasi. Lihat Tetingkap Options - Panel Privacy untuk maklumat lanjut perihal tetapan ini.

Untuk maklumat perihal cara menggunakan tetapan ini supaya melaksanakan tugas tertentu, lihat:

Menyelesaikan masalah berkaitan kuki

Jika anda menghadapi masalah yang melibatkan kuki dalam Firefox, lihat:

 

Artikel ini bermanfaat?

Sila tunggu...

These fine people helped write this article:

Illustration of hands

Sukarelawan

Grow and share your expertise with others. Answer questions and improve our knowledge base.

Learn More