Baiki masalah permainan, sembang dan lain-lain berkaitan Facebook

Kandungan artikel ini menjelaskan cara menyelesaikan masalah yang mungkin anda hadapi apabila menggunakan Facebook dalam Firefox.

Nota: Jika anda berkongsi komputer dengan orang lain dan tidak mahu mereka log masuk ke dalam akaun Facebook anda, baca How do I share Firefox between people on a computer?

Permainan tidak boleh dimuatkan

Untuk memuatkan permainan dalam Facebook seperti YoVille, FarmVille, Cafe, atau Fishworld, anda perlu tetapkan plugin Flash supaya diizinkan menyimpan maklumat di dalam komputer.

  1. Klik-kananHold down the Ctrl key while you click pada mana-mana kandungan Flash dan pilih Global Settings…. Tetingkap Flash Player Settings Manager akan dibuka.
  2. Pilih tab Storage.
  3. Klik Local storage settings by site. Tetingkap Local Storage Settings by Site akan dibuka.
  4. Pilih www.facebook.com di dalam senarai dan pada bahagian bawah When the selected site wants to use local storage:, pilih entri selain daripada Block.
  5. Klik Close.
  6. Tutup tetingkap Flash Player Settings Manager.

Tidak dapat bersambung ke Facebook

Jika anda tidak dapat langsung bersambung ke halaman web Facebook dalam Firefox:

  • Semak samada anda boleh bersambung dalam pelayar lain (seperti Internet ExplorerSafariEpiphany).
    • Jika anda boleh bersambung dalam pelayar lain tapi tidak dalam Firefox:
      1. Ikuti langkah penyelesaian berikut, dimulakan dengan bahagian Buang kuki dan cache
      2. Pastikan samada perisian keselamatan Internet (seperti atur cara firewall, anti-virus, atau anti-perisian pengintip) ditetapkan supaya mengizinkan Firefox. Untuk arahan mengkonfigurasi atur cara firewall tertentu, lihat Configure firewalls so that Firefox can access the Internet.
  • Jika anda tidak boleh bersambung dalam mana-mana pelayar, mungkin laman Facebook sedang tergendala.

Masalah Facebook lain

Dalam laman Pusat Bantuan Facebook ada halaman menyelesaikan masalah yang menyenaraikan masalah dan pepijat yang diketahui oleh Facebook. Jika masalah yang anda hadapi itu ada di dalam senarai, bermakna Facebook sudah maklum dan sedang berusaha menyelesaikannya. Jika tiada di dalam senarai, ikuti langkah di bawah.

Buang kuki dan cache

Membuang kuki yang tersimpan dan cache Firefox boleh menyelesaikan beberapa isu lazim berkaitan Facebook, seperti isu Farmville.

  1. Klik butang menu New Fx Menu, pilih Sejarah dan pilih Buang Sejarah Terkini....
  2. Dalam Julat Masa untuk menghapuskan: turun-bawah, pilih Semua.
  3. Klik anak panah di sebelah Butiran untuk memaparkan senarai item yang mahu dibuang.
  4. Pilih kedua-dua Kuki dan Cache.
  5. Klik Hapus Sekarang.

Semak tetapan kuki

Jika anda dapat mesej ralat yang menyatakan kuki selepas membuang kuki dan cache:

  1. Klik butang menu New Fx Menu dan tekan Pilihan.Keutamaan.
  2. Pilih panel Privasi.
  3. Tetapkan Firefox akan: Menggunakan tetapan sejarah yang lazim.
  4. Pastikan Terima kuki daripada laman ditandakan.
  5. PastikanTerima kuki pihak ketiga ditandakan.Pastikan Terima kuki pihak ketiga ditetapkan ke Sentiasa atau Daripada Dilawati.
  6. Klik Pengecualian….
  7. Pastikan facebook.com tidak disenaraikan.
    • Jika disenaraikan, klik pada entri dan klik Alih keluar Laman.

Semak tetapan JavaScript

Ralat Facebook juga boleh disebabkan oleh masalah JavaScript. JavaScript diaktifkan secara piawai dalam Firefox, tapi untuk menyemak statusnya:

  1. Klik butang menu New Fx Menu dan tekan Pilihan.Keutamaan.
  2. Klik panel Kandungan.
  3. Pastikan Dayakan JavaScript ditandakan.
  4. Tutup halaman about:preferences. Setiap perubahan akan disimpan secara automatik.

Anda juga perlu semak samada extensi (seperti NoScript) atau atur cara keselamatan Internet (seperti atur cara firewall, anti-virus, atau anti-perisian pengintip) ada yang menyekat JavaScript.

Semak samada JavaScript disekat

Anda juga perlu semak samada extensi (seperti NoScript) atau atur cara keselamatan Internet (seperti atur cara firewall, anti-virus, atau anti-perisian pengintip) ada yang menyekat JavaScript atau tidak.

Semak ekstensi, tema, dan plugins

Jika langkah di atas tidak menyelesaikan masalah dengan Facebook:

  1. Semak samada masalah ini disebabkan oleh ekstensi atau tema. Lihat Troubleshoot extensions, themes and hardware acceleration issues to solve common Firefox problems untuk arahan lanjut.
  2. Semak samada masalah ini disebabkan oleh plugin. Lihat Troubleshoot issues with plugins like Flash or Java to fix common Firefox problems untuk arahan lanjut.

Semak perisian hasad

Sesetengah perisian hasad tertentu boleh menyebabkan masalah sambungan ke Facebook. Lihat Troubleshoot Firefox issues caused by malware untuk arahan menyelesaikan masalah perisian hasad dalam Firefox.

Perubahan Facebook

Facebook sentiasa melakukan perubahan sistem secara berkala. Rujuki Blog Pembangun Facebook untuk mengetahui perubahan terkini yang telah dilaksanakan.

 

Artikel ini bermanfaat?

Sila tunggu...

These fine people helped write this article:

Illustration of hands

Sukarelawan

Grow and share your expertise with others. Answer questions and improve our knowledge base.

Learn More