Add-on bertandatangan dalam Firefox

Pengguna Firefox ESR: Add-on bertandatangan akan disediakan dalam ESR versi 45.

Add-ons yang menukar tetapan pelayar izin atau mencuri maklumat anda menjadi semakin lazim. Sesetengah add-ons ada keupayaan untuk menambah bar alatan atau butang yang anda tidak mahu, menukar tetapan carian atau menginjek iklan ke dalam komputer anda. Kini, Firefox akan membuat pengesahan bahawa the add-ons yang anda pasang sudah ditandangani secara digital oleh Mozilla. Kandungan artikel ini menjelaskan ciri Add-on bertandatangan dan berfungsinya.

Untuk menggunakan ciri baru ini, sila kemaskini Firefox ke versi terkini.

Apakah Add-on bertandatangan?

Mozilla mengesahkan dan "menandatangani" add-ons yang berjaya mematuhi satu set garis panduan keselamatan. Semua add-ons yang dihoskan dalam addons.mozilla.org sudah menjalani proses ini sebelum ditandatangani oleh Mozilla. Add-ons yang dihoskan dalam laman lain juga perlu menjalani proses yang sama untuk mendapatkannya.

Pembangun: Untuk maklumat lanjut perihal garis panduan menandatangani add-on, lihat Distribusi dan mengedarkan add-on anda dan Polisi Semakan dalam Rangkaian Pembangun Mozilla.

Walaupun kini Firefox ada sistem senarai hitam, tapi semakin sukar untuk mengesan dan menyekat pertambahan bilangan add-ons yang berbahaya. Pembangun add-ons perlu mematuhi proses menandatangani add-ons yang baru, Garis panduan Pembangun Mozilla. Add-on bertandatangan dalam Firefox membantu mengelakkan ancaman perampas pelayar dan perisian hasad dengan membuatkannya semakin sukar untuk dipasang. Firefox akan memberikan amaran jika add-ons pihak ketiga yang tidak ditandatangani secara digital oleh Mozilla. Buat masa sekarang, anda masih boleh pasang add-on yang tidak disahkan itu atas risiko anda sendiri.

Dalam Firefox versi 43 dan ke atas, Firefox menghalang anda daripada memasang add-on yang tidak ditandatangani dan menyahdayakan yang sudah dipasang.

Apakah jenis add-ons yang perlu ditandatangani?

Extensi (add-ons yang menambah ciri dalam Firefox) perlu ditandatangani. Tema, pek bahasa dan plugins tidak perlu ditandatangani.

Di manakah saya akan terjumpa add-ons yang tidak ditandatangani?

Add-ons yang dipasang dari laman rasmi Add-ons Firefox sudah melepasi ujian keselamatan sebelum boleh diterbitkan. Add-ons ini semuanya sudah disahkan dan ditandatangani. Apabila anda pasang add-on dari laman web lain, Firefox akan menjalankan pemeriksaan untuk memastikan bahawa add-on itu sudah ditandatangani secara digital.

Pasang add-ons hanya daripada pembangun yang anda percaya. Add-ons yang tidak disahkan mungkin mengandungi perisian hasad atau perampas yang boleh mengubah tetapan dan mencuri maklumat anda.

Apa yang perlu saya lakukan jika Firefox menyahdayakan add-on yang sudah dipasang?

Jika add-on yang tiada tandatangan itu dinyahdayakan, anda tidak akan boleh menggunakannya, dan pengurus add-ons akan memaparkan mesej tidak dapat disahkan untuk digunakan dalam Firefox dan telah dinyahdayakan. Anda boleh buang add-on daripada Firefox dan kemudian pasang semula versi yang sudah ditandatangani dari laman Add-ons Mozilla, jika ada.

Jika tiada versi yang ditandatangani, hubungi pembangun atau pembekal add-on untuk mendapatkan versi yang dikemaskini dan ditandatangani. Anda juga boleh minta mereka untuk dapatkan tandatangan untuk add-on mereka.

Memintas tandatangan add-on (pengguna mahir)

Anda boleh pintas tetapan yang memerlukan add-on ditandatangani dengan menukar keutamaan xpinstall.signatures.required kepada false dalam halaman Editor Konfigurasi Firefox (about:config). Sebarang sokongan tidak akan disediakan untuk perubahan yang dibuat di dalam Editor Konfigurasi, jadi lakukan ini atas risiko anda sendiri. Bermula dengan Firefox versi 48, versi Keluaran dan Beta, keperluan add-on yang ditandatangani akan dikuatkuasakan tanpa disediakan ciri pintasan . Lihat artikel MozillaWiki, Add-ons/Extensi Ditandatangani untuk maklumat lanjut.

Apakah pilihan untuk saya jika mahu menggunakan add-on yang tidak ditandatangani? (pengguna mahir)

Firefox ESR versi 45, serta Firefox versi Edisi Pembangun dan Nightly, mengizinkan anda memintas tetapan yang memerlukan add-on ditandatangani dengan menukar keutamaan xpinstall.signatures.required kepada false dalam halaman Editor Konfigurasi Firefox (about:config). Terdapat juga Firefox versi tanpa-jenama khas yang mengizinkan pintasan ini. Lihat artikel MozillaWiki, Add-ons/Extensi Ditandatangani untuk maklumat lanjut.

Artikel ini bermanfaat?

Sila tunggu...

These fine people helped write this article:

Illustration of hands

Sukarelawan

Grow and share your expertise with others. Answer questions and improve our knowledge base.

Learn More