Untuk Pengguna-pengguna Internet Explorer

Artikel ini tidak lagi diselenggara, jadi kandungannya mungkin sudah lapuk.

Jika anda pernah menggunakan Microsoft® Internet Explorer, anda boleh mula menggunakan Mozilla Firefox dengan mudah.


Perbezaan Istilah

||Internet Explorer|Firefox Internet Options|Options Temporary Internet Files|Cache Favorites|Bookmarks Address Bar|Location Bar Refresh|Reload Favorites Bar|Bookmarks Toolbar Copy Shortcut|Copy Link Location Save Target As|Save Link As||


Favorites dan Setting IE Anda

Apabila anda memasang Firefox buat kali pertama, anda boleh mengimport setting Internet Explorer yang sedia ada, termasuk Favorites, cookies, kata-kata laluan yang disimpan dan pelbagai maklumat lain. Tindakan ini menjimatkan masa anda apabila anda ingin menyesuaikan Firefox kepada keperluan anda. Selain itu, anda boleh mengimport setting Internet Explorer anda pada masa depan dengan mengklik menu File dan memilih Import....

1e924637f9b1f54fa7b53fd0a651a1ae-1259116369-864-1.png


Pelayar Web Utama

Kedua-dua Microsoft Internet Explorer dan Firefox ialah pelayar web. Apabila anda mengklik pintasan internet, Windows akan membukanya dalam satu pelayar web. Anda perlu memilih pelayar web yang digunakan oleh Windows. Untuk memilih Firefox sebagai pelayar web, ikutlah arahan-arahan dalam artikel cara menjadikan Firefox pelayar web utama.


Pintasan Papan Kekunci

Microsoft Internet Explorer dan Firefox berkongsi kebanyakan pintasan papan kekunci. Untuk senarai penuh kekunci-kekunci pintasan, sila rujuk Senarai Pintasan Papan Kekunci Firefox.

These fine people helped write this article:

Illustration of hands

Sukarelawan

Grow and share your expertise with others. Answer questions and improve our knowledge base.

Learn More