Ciri input suara dalam Firefox dalam Android

Kandungan artikel ini berkaitan dengan versi terbaru Firefox untuk Android. Sila update to the latest version of Firefox for Android dahulu untuk menikmati ciri ini.

Ciri input suara Firefox untuk Android membolehkan anda membuat carian dengan bercakap ke dalam bar alamat, selain menggunakan papan kekunci. Hanya tekan ikon mikrofon dan cakap:

mic voice input 42

Mengaktifkan atau Menyahaktifkan input suara

  1. Tekan butang menu (samada pada bahagian bawah skrin untuk sesetengah peranti atau pada bahagian bucu kanan atas pelayar) , kemudian pilih Tetapan (anda mungkin perlu tekan dulu Lanjutan ) .
  2. Tekan Papar.
  3. Tandakan di sebelah Input suara.
    voice6

Untuk menyahaktifkan input suara, ikuti langkah di atas dan buang tanda di sebelah Input suara.

Menggunakan input suara

  1. Tekan bar alamat.
  2. Tekan ikon mikrofon:
    voice2
  3. Apabila penggesa pengecaman suara muncul, mulakan bercakap. Firefox akan memasukkan percakapan anda ke dalam bar alamat.
  4. Tekan Teruskan untuk melaksanakan carian menggunakan enjin carian piawai, atau tekan salah satu enjin carian pada bahagian bawah skrin.

Artikel ini bermanfaat?

Sila tunggu...

These fine people helped write this article:

Illustration of hands

Sukarelawan

Grow and share your expertise with others. Answer questions and improve our knowledge base.

Learn More