Gunakan Firefox untuk Android untuk menghantar video ke Chromecast

Artikel ini tidak lagi diselenggara, jadi kandungannya mungkin sudah lapuk.

Kandungan artikel ini berkaitan dengan versi terbaru Firefox untuk Android. Sila update to the latest version of Firefox for Android dahulu untuk menikmati ciri ini.

Firefox untuk Android kini membolehkan anda menonton video Internet dalam TV. Yang anda perlu ada hanyalah Firefox dalam telefon Android anda dan peranti Chromecast yang disambungkan ke TV anda - tanpa perlu applikasi tambahan.

Ini caranya:

  1. Pastikan Chromecast menggunakan rangkaian WiFi yang sama dengan peranti Android anda.
  2. Buka Firefox dalam peranti Android anda , kemudian pergi ke laman web format video yang disokong oleh Chromecast. Jika peranti anda ada Adobe Flash Player yang didayakan, anda perlu menyahdayakan atau menyahpasang via Android Settings untuk menghalangnya daripada mempengaruhi format yang disokong.
  3. Tekan video yang mahu anda tonton.
  4. Tekan ikon Hantar ke send to icon video yang muncul samada di dalam bar alamat atau pemain video (selepas iklan tamat):
    send to icon address
    send to icon player
  5. Pilih Chromecast dalam menu Cast to DeviceSend to Device.
    cast to devicesend to chromecast
    • Video akan mula dimainkan dalam TV selepas dimuatkan.
  6. Anda boleh jeda, atau henti video terus dari peranti Android anda, menggunakan kawalan pada bahagian skrin peranti:
    chromecast controls
    • Kawalan video akan tetap berada pada bahagian bawah skrin semasa video dimainkan, walaupun jika anda melayari laman web lain.
Kawalan Video: Peranti Android anda adalah kawalan jauh yang anda boleh gunakan untuk mengawal jeda atau menghentikan video. Apabila video sudah dimainkan dalam TV, dan anda tutup peranti Android, anda tidak boleh lagi mengawalnya.

Anda juga boleh memaparkan halaman web dalam TV menggunakan Firefox dengan Chromecast. Lihat Send webpages to your TV from Firefox for Android with Chromecast untuk maklumat lanjut.

These fine people helped write this article:

Illustration of hands

Sukarelawan

Grow and share your expertise with others. Answer questions and improve our knowledge base.

Learn More