Tanyalah Soalan

Artikel ini tidak lagi diselenggara, jadi kandungannya mungkin sudah lapuk.

Sebelum anda tanya...
  • Sudahkan anda mencari topik itu? Cara yang paling cepat untuk menyelesaikan masalah anda adalah melalui Knowledge Base (Pangkalan Maklumat).
  • Adakah anda di tempat yang betul? Kami hanya memberikan bantuan dan sokongan tentang isu-isu Firefox. Untuk bantuan Thunderbird, sila kunjungi bantuan Thunderbird.

Di manakan boleh anda bertanya soalan

Mozilla menyediakan dua tempat secara rasmi supaya pengguna-pengguna boleh bertanya soalan: satu forum dan sembangan langsung. Komuniti Mozilla pula menyediakan pelbagai tempat untuk mendapatkan sokongan pihak ketiga.

Forum sokongan Firefox

Dalam forum, soalan anda akan dipaparkan secara awam. Ini membolehkan ahli-ahli komuniti melibatkan diri dan memberikan bantuan. Ingat: Carilah soalan-soalan yang pernah ditanya dalam forum dulu!

Perhatian: Forum sokongan Firefox menggunakan Bahasa Inggeris.

Sembangan langsung (Live chat) sokongan Firefox

Pakar-pakar Firefox menunggu dan bersedia membantu anda secara sukarela. Anda hanya perlu berbual dengan mereka secara terus. Sekarang, anda berpeluang bersembang dengan ahli-ahli komuniti Firefox yang berpengetahuan luas dan bersedia memberikan perkhidmatan troubleshooting kepada anda melalui laman sembangan langsung.

Ingat bahawa perkhidmatan sembangan langsung kami tidak disediakan sepanjang masa. Jika perkhidmatan ini telah ditutup, tanyalah soalan anda di forum.

Perhatian: Sembangan langsung Firefox menggunakan Bahasa Inggeris.

Tempat-tempat lain untuk mendapatkan bantuan

Selain daripada kedua-dua tempat yang disebut di atas, terdapat cara-cara lain untuk mendapatkan bantuan. Sila rujuk sokongan Firefox lain.

These fine people helped write this article:

Illustration of hands

Sukarelawan

Grow and share your expertise with others. Answer questions and improve our knowledge base.

Learn More